Perkahwinan selalunya di anggap sebagai ikatan yang suci dalam semua agama di dunia ini. Perkahwinan membentuk seseorang itu dari hidup bujang kepada hidup bekerluarga di mana komitmen mereka adalah pada keluarga mereka, bukannya pada diri diri sendiri. Untuk membentuk satu instituisi keluarga yang baik, ada enam sikap yang perlu anda amalkan.
Pertama : Menyelesaikan masalah.
Apabila sesuatu masalah timbul, anda jangan mencari punca atau salah siapa tetapi terus kepada penyelesaian. Masalah timbul untuk di selesaikan, bukannya untuk bergaduh kerananya. Setkan ia di dalam minda anda setiap kali anda dan pasangan anda menemui masalah.
Kedua : Hormat dan jujur pada pasangan anda.
Anda perlu sentiasa hormat pasangan anda. Dengar apa yang di katakan olehnya dan hormat pandangannya. Ambil berat perasaan pasangan anda.Berlaku jujur dengan dia sepenuhnya.
Ketiga : Pandang ke hadapan.
Perkara yang sudah berlaku, biarkan ia berlaku. Jangan anda ungkit kembali peristiwa lampau. Sebaliknya sentiasa pandang ke hadapan. Apa yang anda lakukan pada hari ini adalah untuk hari esok, bukannya untuk semalam. Jadi sentiasa pandang pasangan anda di masa hadapan, bukannya masa lalu.
Keempat : Sentiasa berkomunikasi secara terbuka.
Sentiasa tanya pada pasangan anda sama ada dia suka atau tidak akan sesuatu. Anda juga perlu sentiasa terbuka apabila berkomunikasi. Jangan simpan perasaan. Jika hendak luah, luahkan. Jika anda tidak suka akan sesuatu perkara, katakan terus pada pasangan anda. Namun, janganlah pula anda bergaduh di sebabkan terlalu terbuka. Berkomunikasi secara baik dan berhemah.
Kelima : Luangkan masa yang berkualiti bersama – sama dengan pasangan anda.

Sentiasa cari masa untuk berdua – duaan dengan pasangan anda. Bawalah dia bersiar – siar atau bercuti setiap kali anda ada masa. Ambil masa setengah jam sehari pegang tangan pasangan anda dan berkongsi kisah pada hari tersebut.
Keenam : Berkongsi dan bekerjasama.
Sentiasa bekerjasama dengan pasangan anda untuk melakukan apa sahaja kerja. Setiap masalah yang timbul, anda berkongsi masalah tersebut dengan pasangan anda. Anda sekarang hidup berkeluarga, pasangan anda berhak mengetahui masalah yang menimpa anda. Anda juga perlu sentiasa melindungi pasangan anda daripada bahaya dan bencana.
Kehidupan berkeluarga ini mudah, kadangkala di sebabkan diri terlalu ego, kebahagiaan akan lari dari diri anda. Enam sikap ini anda boleh jadikan ia sebagai panduan untuk hidup dalam keluarga.
~C & P ~ <3

2 ulasan:
amboi !
mak uteh, angah nk kawennnnnnnn :p
hakhakhakhak
Catat Ulasan